Kesan penggunaan perisian iMindMap dalam penulisan karangan jenis rencana
Kesan penggunaan perisian iMindMap dalam penulisan karangan jenis rencana
Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa berkembang mengikut peredaran masa dan zaman malah aspek pedagogi juga sering berkembang mengikut kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, penggunaan peta minda melalui perisian iMindMap dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah boleh dijadikan sebagai daya tarikan dan corak pembelajaran masa kini.Perisian iMindMap ialah sejenis perisian pemetaan minda yang boleh dipaut dengan lawan web, nota, dokumen dan banyak lagi.
• Rancangan persediaan mengajar
Dalam kajian ini, dua belas set persediaan mengajar disediakan untuk melaksanakan setiap pengajaran penulisan karangan. Menurut mereka lagi tajuk-tajuk karangan yang dipilih bagi enam sesi rawatan juga didapati sesuai diajarkan kepada pelajar-pelajar Tahun Lima kerana tajuk-tajuk karangan yang disediakan mempunyai kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan pelajar serta merupakan tajuk pilihan bagi guru-guru yang mengajar pelajar Tahun 6 sebagai latihan sebelum menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah (PSR).
• Perisian iMindMap
Perisian iMindMap versi 5.0 digunakan dalam kajian ini dan pengkaji telah mendapat kebenaran daripada ThinkBuzan untuk menggunakan perisian iMindMap sepanjang kajian dilaksanakan. Tools dan arahan dalam perisian ini mudah dan bersesuaian dengan kebolehan dan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar Tahun Lima.
• Ujian penulisan karangan (UPK)
Dalam ujian ini, sampel kajian diminta untuk menulis sebuah karangan jenis rencana dengan jumlah perkataan lebih kurang 150. Mereka diminta untuk menulis karangan tersebut selama 45 minit. Penilaian karangan adalah berdasarkan kepada isi, bahasa dan teknik. Jumlah markah yang diperuntukkan dalam bahagian ini adalah sebanyak 50markah, iaitu 30 markah untuk isi, 15 markah untuk bahasa dan 5 markah untuk teknik. Pemarkahan ini mengikut skema pemarkahan soalan karangan dalam peperiksaan PSR. UPK diberikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen untuk ujian pra dan pasca.
Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kesan penggunaan perisian iMindMap terhadap pencapaian pelajar dalam penulisan karangan jenis rencana.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pencapaian pelajar-pelajar kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar kumpulan kawalan. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa pengunaan peta minda melalui perisian iMindMap adalah sesuai digunakan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping dapat membantu pelajar melaksanakan proses penulisan karangan dengan lebih teratur dan terancang seperti yang ditekankan oleh Nor’Aini (2008) bahawa pengkaedahan pembelajaran berbantukan komputer dapat membuka ruang kepada pelajar meneroka pembelajaran sendiri, manakala guru pula bertindak sebagai fasilitator yang mengawal pembelajaran pelajar.
Komentar
Posting Komentar